Kebanyakan wanita selepas bersalin menginginkan bentuk badan yang asal atau ideal. Namun, ia bukannya satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Anda memerlukan kesabaran yang tinggi dan sentiasa cuba mengamalkan tips-tips dibawah.
1.Mengamalkan pemakanan yang seimbang
Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, anda perlu memastikan pemakanan yang diambil adalah seimbang. Anda perlu mengambil banyak sayuran hijau dan buah-buahan serta makanan-makanan yang mempunyai serat tinggi seperti oat, kekacang, bijirin dan biji-bijian. Selain itu, anda juga perlu mengambil sumber protein dan karbohidrat yang mencukupi. Anda juga dinasihatkan agar mengurangkan makanan yang bergoreng dan makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.
2.Rehat secukupnya
Rehat yang secukupnya adalah salah satu cara yang dapat menurunkan berat badan. Ketika si manja tidur, anda juga perlu mengambil masa tersebut untuk tidur dan rehatkan badan. Kekurangan rehat boleh membuatkan kadar metabolisme dalam badan menurun dan ia boleh menyebabkan sukar untuk menurunkan berat badan. Oleh itu, ibu dinasihatkan supaya mendapatkan rehat yang mencukupi agar dapat mengembalikan tenaga serta mendapatkan berat badan yang diinginkan.
3.Minum air secukupnya
Pengambilan air yang secukupnya dapat membantu anda untuk mendapat berat badan yang sempurna. Ini kerana minum air yang banyak dapat membantu menyingkirkan toksin di dalam badan serta dapat mengempiskan perut.
4.Bersenam
Bagi ibu yang baru lepas bersalin, anda dinasihatkan supaya membuat senaman-senaman yang ringan terlebih dahulu terutama sekali bagi ibu yang melahirkan melalui pembedahan. Ini kerana senaman yang berat boleh menyebabkan luka tersebut menjadi teruk. Anda dinasihatkan agar melakukan senaman seperti berjalan, senaman lantai pelvis dan regangan.
5.Memakai bengkung
Mengamalkan pemakaian bengkung secara konsisten dapat menjaga bentuk badan. Dengan pemakaian bengkung, ia dapat membakar lemak serta membuang lebihan angin di dalam badan. Selain itu, anda juga boleh meneruskan pemakaian bengkung walaupun tamat tempoh berpantang agar mendapat bentuk badan yang langsing.
6.Penyusuan badan
Penyusuan badan juga dapat membantu untuk menurunkan berat badan. Menyusu badan bukan sahaja baik untuk bayi malah ibu juga. Ini kerana dengan menyusu badan ia dapat meningkatkan tahap metabolisme ibu serta dapat membakar banyak kalori.
Baca artikel-artikel lain:
Tips Penjagaan Kesihatan Selepas Bersalin
Selepas melahirkan bayi, penjagaan diri juga perlu diambil berat oleh para ibu tidak kira dari segi fizikal atau mental. Para ibu perlu memastikan diri sentiasa
Amalkan Pemakanan Sihat Selepas Bersalin
Ada sesetengah ibu mungkin tidak mengetahui terdapat beberapa kaedah bersalin yang boleh dibuat. Ini kerana kebiasaannya persalinan normal atau persalinan Caesar adalah kaedah yang paling
Penjagaan Berat Badan Selepas Bersalin
Kebanyakan wanita selepas bersalin menginginkan bentuk badan yang asal atau ideal. Namun, ia bukannya satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Anda memerlukan kesabaran yang tinggi
Jenis-jenis Persalinan Yang Ibu Perlu Tahu
Ada sesetengah ibu mungkin tidak mengetahui terdapat beberapa kaedah bersalin yang boleh dibuat. Ini kerana kebiasaannya persalinan normal atau persalinan Caesar adalah kaedah yang paling
Ketahui Cara Penjagaan Kulit Si Manja
Kebanyakannya kulit bayi amatlah sensitif dan mereka akan mengalami ruam dan kerengsaan kulit. Sesetengah ibu bapa amat risau terhadap masalah yang dilalui oleh anak mereka
Penyusuan Susu Ibu Sangat Baik Untuk Bayi Anda
Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk bayi mereka. Mereka inginkan bayi mereka membesar dengan baik dan mendapat zat dan nutrient yang secukupnya. Oleh itu, para