Selepas melahirkan bayi, penjagaan diri juga perlu diambil berat oleh para ibu tidak kira dari segi fizikal atau mental. Para ibu perlu memastikan diri sentiasa sihat dan bertenaga. Ini supaya si ibu dapat menjaga si manja dengan lebih baik.
1.Tidur
Apabila si manja tidur, anda juga perlu menggunakan masa tersebut untuk merehatkan badan dan tenangkan fikiran. Anda juga memerlukan rehat yang secukupnya. Ini kerana tidur yang mencukupi dapat membantu memulihkan anda. Sekiranya anda tidak mendapat rehat atau tidur yang secukupnya, ia dapat menjejaskan kesihatan anda dari segi fizikal atau mental. Selain itu, bagi ibu yang menyusukan bayi juga akan menjejaskan hasil susu mereka. Oleh itu, gunakanlah peluang tersebut untuk merehatkan badan anda agar anda mendapat tenaga yang secukupnya untuk menjaga si manja anda.
2.Pemakanan yang sihat
Pemakanan yang sihat adalah aspek yang paling penting dalam penjagaan kesihatan selepas bersalin. Anda sangat digalakkan supaya mengambil makanan-makanan yang bernutrisi tinggi. Ini kerana ia dapat memberi manfaat dan kesihatan yang baik kepada bayi yang menyusu badan. Anda perlu sentiasa memastikan makanan yang diambil mengandungi nutrisi yang tinggi seperti protein, zat besi dan kalsium. Anda juga perlu mengambil lebih makanan yang tinggi denan antioksidan seperti buah-buahan, sayuran dan kekacang.
3.Kekal hidrat
Anda juga dinasihatkan supaya sentiasa mendapatkan air yang secukupnya terutama sekali bagi ibu yang menyusu. Ini kerana menyusu badan boleh membuatkan kehilangan air dalam badan dan ia dapat membuatkan anda merasa keletihan. Oleh itu, anda perlu sentiasa minum air yang secukupnya kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari.
4.Meminta bantuan
Pada sangat ini, anda juga tidak boleh memaksa diri untuk melakukan kerja-kerja rumah seorang diri. Anda juga memerlukan rehat yang secukupnya. Sekiranya anda terlalu letih, anda akan berisiko mengalami tekanan. Oleh itu, cuba minta pertolongan daripada keluarga atau pasangan untuk membantu anda melakukan kerja-kerja rumah. Sekiranya anda mampu, upah penjaga yang dapat membantu anda melakukan tugasan rumah serta menjaga si manja.
Baca artikel-artikel lain:
Tips Penjagaan Kesihatan Selepas Bersalin
Selepas melahirkan bayi, penjagaan diri juga perlu diambil berat oleh para ibu tidak kira dari segi fizikal atau mental. Para ibu perlu memastikan diri sentiasa
Amalkan Pemakanan Sihat Selepas Bersalin
Ada sesetengah ibu mungkin tidak mengetahui terdapat beberapa kaedah bersalin yang boleh dibuat. Ini kerana kebiasaannya persalinan normal atau persalinan Caesar adalah kaedah yang paling
Penjagaan Berat Badan Selepas Bersalin
Kebanyakan wanita selepas bersalin menginginkan bentuk badan yang asal atau ideal. Namun, ia bukannya satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Anda memerlukan kesabaran yang tinggi
Jenis-jenis Persalinan Yang Ibu Perlu Tahu
Ada sesetengah ibu mungkin tidak mengetahui terdapat beberapa kaedah bersalin yang boleh dibuat. Ini kerana kebiasaannya persalinan normal atau persalinan Caesar adalah kaedah yang paling
Ketahui Cara Penjagaan Kulit Si Manja
Kebanyakannya kulit bayi amatlah sensitif dan mereka akan mengalami ruam dan kerengsaan kulit. Sesetengah ibu bapa amat risau terhadap masalah yang dilalui oleh anak mereka
Penyusuan Susu Ibu Sangat Baik Untuk Bayi Anda
Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk bayi mereka. Mereka inginkan bayi mereka membesar dengan baik dan mendapat zat dan nutrient yang secukupnya. Oleh itu, para