Ada sesetengah ibu mungkin tidak mengetahui terdapat beberapa kaedah bersalin yang boleh dibuat. Ini kerana kebiasaannya persalinan normal atau persalinan Caesar adalah kaedah yang paling banyak dilakukan. Oleh itu, para ibu juga perlu tahu beberapa kaedah bersalin yang boleh dibuat agar anda dapat membuat persediaan yang rapi sebelum bersalin.
1.Sayur-sayuran
Sayur- sayuran hijau dapat membekalkan anda serat, mineral dan pelbagai vitamin termasuklah A, C dan E. Sayur-sayuran hijau seperti peria, brokoli dan sawi dapat mengelakkan daripada mengalami sembelit. Selain itu, lobak putih pula dapat membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Ibu juga dinasihatkan agar mengelakkan daripada mengambil sayur-sayuran yang ‘sejuk’ seperti kangkung, terung, kubis dan kacang panjang agar tidak mengalami bisa-bisa badan.
2.Buah-buahan
Buah-buahan juga adalah makanan yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan ibu. Buahan-buahan kaya dengan antioksidan, vitamin C dan E, serta mineral yang dapat untuk menyembuhkan luka selepas bersalin. Antara buah-buahan tersebut adalah anggur, kurma, oren, strawberi, peach, prune, kismis, longan, epal dan blueberry.
3.Protein
Sumber protein seperti ikan, ayam, telur dan kekacang adalah makanan penting yang perlu diambil oleh ibu selepas bersalin. Ini kerana sumber protein amat penting bagi memulihkan semula luka akibat bersalin. Sumber protein penting kerana ia dapat membantu pembentukan tisu-tisu badan bagi menyembuhkan luka. Selain itu, protein juga dapat membekalkan zat besi untuk pembentukan semula sel darah merah bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran. Oleh itu, ibu dinasihatkan agar sentiasa memastikan makanan yang diambil tersebut mempunyai protein yang secukupnya agar dapat memberikan tenaga dan memulihkan dalaman badan.
4.Pemakanan herba
Pengambilan herba juga sangat baik bagi ibu selepas bersalin. Ibu digalakkan supaya mengambil herba kerana ia dapat membantu untuk memulihkan semula dalaman badan. Antara herba-herba yang baik adalah kacip fatimah, manjakani dan akar serapat. Selain itu, penggunaan halia sebagai ramuan di dalam masakan juga membantu memulihkan badan. Ini kerana halia dapat memanaskan badan dan ia dipercayai boleh melancarkan pengaliran darah. Namun, para ibu juga dinasihatkan agar sentiasa memastikan herba-herba yang diambil adalah selamat dan baik untuk kesihatan. Ini kerana ia bagi mengelakkan daripada memudaratkan kesihatan ibu mahupun bayi.
5.Minum air
Pengambilan air yang secukupnya amat penting bagi ibu terutama kepada ibu yang menyusukan bayi. Ini kerana minum air yang secukupnya dapat membantu menghasilkan susu ibu serta dapat memberikan kecergasan badan. Oleh itu, ibu digalakkan untuk minum air yang secukupnya kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari.
Para ibu sentiasa dinasihatkan agar makan-makanan yang sihat dan seimbang agar dapat memberikan kesihatan badan yang baik dan cergas. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dengan baik dan diamalkan oleh para ibu.
Baca artikel-artikel lain:
Tips Penjagaan Kesihatan Selepas Bersalin
Selepas melahirkan bayi, penjagaan diri juga perlu diambil berat oleh para ibu tidak kira dari segi fizikal atau mental. Para ibu perlu memastikan diri sentiasa
Amalkan Pemakanan Sihat Selepas Bersalin
Ada sesetengah ibu mungkin tidak mengetahui terdapat beberapa kaedah bersalin yang boleh dibuat. Ini kerana kebiasaannya persalinan normal atau persalinan Caesar adalah kaedah yang paling
Penjagaan Berat Badan Selepas Bersalin
Kebanyakan wanita selepas bersalin menginginkan bentuk badan yang asal atau ideal. Namun, ia bukannya satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Anda memerlukan kesabaran yang tinggi
Jenis-jenis Persalinan Yang Ibu Perlu Tahu
Ada sesetengah ibu mungkin tidak mengetahui terdapat beberapa kaedah bersalin yang boleh dibuat. Ini kerana kebiasaannya persalinan normal atau persalinan Caesar adalah kaedah yang paling
Ketahui Cara Penjagaan Kulit Si Manja
Kebanyakannya kulit bayi amatlah sensitif dan mereka akan mengalami ruam dan kerengsaan kulit. Sesetengah ibu bapa amat risau terhadap masalah yang dilalui oleh anak mereka
Penyusuan Susu Ibu Sangat Baik Untuk Bayi Anda
Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk bayi mereka. Mereka inginkan bayi mereka membesar dengan baik dan mendapat zat dan nutrient yang secukupnya. Oleh itu, para