Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk bayi mereka. Mereka inginkan bayi mereka membesar dengan baik dan mendapat zat dan nutrient yang secukupnya. Oleh itu, para ibu dinasihatkan supaya memberi susu ibu agar dapat membekalkan segala yang diperlukan oleh bayi untuk berkembang.
Setiap ibu digalakkan untuk memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Ini kerana susu ibu mempunyai banyak kebaikan dan bagus untuk tumbesaran bayi. Berikut adalah kebaikan-kebaikannya:
1.Baik untuk kesihatan bayi
Susu ibu sangat baik untuk bayi kerana ia mengandungi antibodi semulajadi yang dapat melindungi bayi anda daripada penyakit. Penyakit seperti virus dalam perut, penyakit saluran pernafasan bawah dan jangkitan telinga.
2.Dapat mengurangkan risiko kematian
Penyusuan susu ibu juga boleh merendahkan risiko “SIDS” iaitu Sindrom Kematian Bayi Mengejut. Oleh itu, para ibu amat digalakkan untuk memberi susu badan kepada bayi bagi mengurangkan risiko tersebut.
3.Dapat mengurangkan masalah berat badan
Melalui penyusuan ibu juga boleh mengurangkan kemungkinan bayi mengalami obesiti. Selain itu, para ibu juga dapat mengurangkan risiko daripada berlakunya obesiti. Ini kerana menyusu dapat membantu para ibu membakar lebih kurang 500 kalori setiap hari.
4.Membantu perkembangan minda
Penyusuan susu ibu juga dapat membantu perkembangan minda anak anda. Ini kerana susu ibu mempunyai lebih banyak nutrient-nutrient yang baik dan bagus untuk perkembangan otak. Selain itu, pakar-pakar juga mengatakan bahawa susu badan adalah sangat bagus untuk bayi kerana ia dapat meningkatkan kuasa minda bayi anda.
5.Memudahkan sistem pencernaan
Susu ibu dapat memudahkan sistem pencernaan bayi. Ini kerana susu ibu tidak tercemar dan mempunyai khasiat yang baik untuk sistem pencernaan. Selain itu, ia juga dapat membantu bayi anda untuk melawan jangkitan dan membentuk bakteria baik dalam sistem pencernaannya.
Baca artikel-artikel lain:
Tips Penjagaan Kesihatan Selepas Bersalin
Selepas melahirkan bayi, penjagaan diri juga perlu diambil berat oleh para ibu tidak kira dari segi fizikal atau mental. Para ibu perlu memastikan diri sentiasa
Amalkan Pemakanan Sihat Selepas Bersalin
Ada sesetengah ibu mungkin tidak mengetahui terdapat beberapa kaedah bersalin yang boleh dibuat. Ini kerana kebiasaannya persalinan normal atau persalinan Caesar adalah kaedah yang paling
Penjagaan Berat Badan Selepas Bersalin
Kebanyakan wanita selepas bersalin menginginkan bentuk badan yang asal atau ideal. Namun, ia bukannya satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Anda memerlukan kesabaran yang tinggi
Jenis-jenis Persalinan Yang Ibu Perlu Tahu
Ada sesetengah ibu mungkin tidak mengetahui terdapat beberapa kaedah bersalin yang boleh dibuat. Ini kerana kebiasaannya persalinan normal atau persalinan Caesar adalah kaedah yang paling
Ketahui Cara Penjagaan Kulit Si Manja
Kebanyakannya kulit bayi amatlah sensitif dan mereka akan mengalami ruam dan kerengsaan kulit. Sesetengah ibu bapa amat risau terhadap masalah yang dilalui oleh anak mereka
Penyusuan Susu Ibu Sangat Baik Untuk Bayi Anda
Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk bayi mereka. Mereka inginkan bayi mereka membesar dengan baik dan mendapat zat dan nutrient yang secukupnya. Oleh itu, para