Ada sesetengah ibu mungkin tidak mengetahui terdapat beberapa kaedah bersalin yang boleh dibuat. Ini kerana kebiasaannya persalinan normal atau persalinan Caesar adalah kaedah yang paling banyak dilakukan. Oleh itu, para ibu juga perlu tahu beberapa kaedah bersalin yang boleh dibuat agar anda dapat membuat persediaan yang rapi sebelum bersalin.

1.Bersalin secara normal

Bersalin secara normal adalah kaedah yang biasa dilakukan. Kebanyakan doktor juga akan mengesyorkan kaedah ini dan tidak menyarankan melalui pembedahan. Melalui kaedah ini, bayi akan dilahirkan melalui vagina ibu. Kaedah ini disarankan kerana proses pemulihan lebih cepat dan kurang risiko kepada sebarang jangkitan.

2.Pembedahan

Kaedah pembedahan adalah kaedah yang dilakukan apabila berlakunya komplikasi sehingga bayi tidak dapat keluar secara normal. Kaedah pembedahan perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali sahaja. Ini kerana lebih daripada itu ia akan memberi risiko yang tinggi kepada ibu.

3.Bersalin dengan alat bantuan

Ada sesetengah ibu mungkin tidak dapat melahirkan anak secara normal. Kaedah ini dilakukan apabila bayi tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya atau ibu sudah mengalami keletihan sehingga tidak berupaya untuk menolak bayi keluar. Contoh alat bantuan untuk kaedah ini adalah forcep atau vakum. Bagi alat forcep, ia akan dimasukkan secara perlahan-lahan ke dalam saluran kelahiran kemudian menarik keluar kepala bayi dengan perlahan manakala vakum pula, ia sama seperti forcep dimana ia akan diletakkan pada bahagian atas kepala bayi dan kemudian menarik keluar perlahan melalui saluran faraj.

4.’Water Birth’

Water birth adalah kaedah melahirkan anak di dalam air yang hangat. Kaedah ini dipercayai dapat memudahkan bayi untuk lahir dan dapat mengurangkan stres kepada ibu semasa melahirkan anak. Namun, para ibu dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor dahulu dan minta nasihat doktor berkaitan kaedah persalinan ini sama ada selamat atau berisiko.

Baca artikel-artikel lain:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *