Kebanyakannya kulit bayi amatlah sensitif dan mereka akan mengalami ruam dan kerengsaan kulit. Sesetengah ibu bapa amat risau terhadap masalah yang dilalui oleh anak mereka dan kurang pengetahuan tentang penyelesaian masalah tersebut. Walaubagaimanapun ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah tersebut sering berlaku kepada bayi dan ia adalah normal. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu bagaimana untuk mencegah daripada berlakunya masalah kulit bayi.
1.Memilih produk yang sesuai
Perkara ini amatlah penting kerana kebanyakkan produk mempunyai bahan-bahan yang boleh merosakkan kulit bayi. Ibu bapa perlu memilih sabun yang sesuai dengan bayi seperti sabun yang tidak menyakitkan mata bayi. Selain itu, gunakan losyen yang tidak mempunyai sebarang kandungan yang membahayakan kulit bayi. Tambahan pula, sesetengah bayi akan mengalami ruam atau jerawat di muka. Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk menggunakan krim yang sesuai dengan kulit bayi. Sekiranya tidak berkesan, ibu bapa dinasihatkan supaya tidak menyapukan apa-apa krim atau bedak di muka bayi. Ibu bapa tidak perlu risau kerana ia adalah perkara biasa yang sering bayi lalui dan akan hilang apabila umurnya meningkat.
2.Elakkan mandi lama
Ibu bapa perlu mengelakkan bayi mandi terlalu lama. Ini kerana ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kering. Ibu bapa disarankan supaya memandikan bayi sekurang-kurangnya 3-5 minit di dalam tab.
3.Memilih lampin yang sesuai
Ruam lampin adalah salah satu masalah yang sering dilalui oleh bayi. Oleh itu, penjagaan lampin perlulah dititik beratkan oleh ibu bapa. Ibu bapa disarankan untuk mengunakan lampin yang bagus dan sesuai dengan kulit bayi. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk kerap menukarkan lampin bayi agar dapat mencegah daripada berlakunya ruam lampin. Sekiranya masalah tersebut masih berlaku, cari dan tukar kepada produk yang lain atau berjumpa dengan doktor sebaiknya.
4.Mencuci pakaian bayi
Mencuci pakaian bayi juga adalah salah satu cara untuk mengelakkan daripada berlakunya ruam. Ibu bapa perlu sentiasa mencuci baju baru bayi sebelum memakaikannya. Ibu bapa tidak perlu risau tentang pencuci baju kerana pencuci baju biasa sesuai digunakan dan tidak mempunyai masalah. Jika bayi mengalami masalah kulit, ibu bapa disarankan untuk menggunakan pencuci baju khas atau minta nasihat doktor.
5.Lindungi kulit bayi daripada cahaya matahari
Kulit bayi juga amat sensitif terhadap cahaya matahari. Apabila keluar, ibu bapa dinasihatkan supaya menyapukan pelindung matahari kepada bahagian kulit bayi yang terdedah seperti muka, tangan dan kaki bayi. Selain itu, bayi juga digalakkan untuk memakai topi agar dapat menghalang daripada terkena cahaya matahari.
Begitulah sedikit perkongsian terhadap cara penjagaan kulit bayi. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan membantu ibu bapa. Sekiranya anak anda mengalami masalah kulit yang teruk, amatlah disarankan supaya berjumpa dengan doktor dan minta nasihat doktor.
Baca artikel-artikel lain:
Amalkan Pemakanan Sihat Selepas Bersalin
Ada sesetengah ibu mungkin tidak mengetahui terdapat beberapa kaedah bersalin yang boleh dibuat. Ini kerana kebiasaannya persalinan normal atau persalinan Caesar adalah kaedah yang paling
Penjagaan Berat Badan Selepas Bersalin
Kebanyakan wanita selepas bersalin menginginkan bentuk badan yang asal atau ideal. Namun, ia bukannya satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Anda memerlukan kesabaran yang tinggi
Jenis-jenis Persalinan Yang Ibu Perlu Tahu
Ada sesetengah ibu mungkin tidak mengetahui terdapat beberapa kaedah bersalin yang boleh dibuat. Ini kerana kebiasaannya persalinan normal atau persalinan Caesar adalah kaedah yang paling
Ketahui Cara Penjagaan Kulit Si Manja
Kebanyakannya kulit bayi amatlah sensitif dan mereka akan mengalami ruam dan kerengsaan kulit. Sesetengah ibu bapa amat risau terhadap masalah yang dilalui oleh anak mereka
Penyusuan Susu Ibu Sangat Baik Untuk Bayi Anda
Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk bayi mereka. Mereka inginkan bayi mereka membesar dengan baik dan mendapat zat dan nutrient yang secukupnya. Oleh itu, para
Sunnah-sunnah Ketika Menyambut Kelahiran Bayi
Menyambut kelahiran cahaya mata adalah satu kegembiraan yang tidak terhingga bagi setiap ibu bapa. Namun, setiap ibu bapa juga perlu tahu beberapa perkara berkaitan dengan