1) Pilih waktu yang sesuai
Kebanyakkan resort akan ditutup bermula bulan Disember hingga bulan Februari kerana biasanya pada waktu ini akan dilanda musim tengkujuh/monsun. Waktu yang sesuai untuk ke pulau ialah bermula April hingga ke September.
2) Beli tiket awal
Beli tiket feri seawal yang boleh apabila jadual feri telah keluar. Biasanya sebulan sebelum, jadual feri telah keluar. Elakkan beli tiket feri secara walk in, Jumaat, Sabtu dan cuti sekolah kerana kemungkinan tiket akan habis. Anda juga boleh membeli tiket secara online atau tempahan melalui telefon.
3) Turun di jeti yang betul
Jika anda membuat tempahan dengan agensi, anda perlu tanya dan pastikan nama jeti yang anda akan turun. Jangan turun di jeti yang salah kerana feri akan melalui banyak jeti dan perkampungan.
4) Ubat-ubatan
Kepada pelancong yang mempunyai mabuk laut, anda digalakkan makan pil tahan mabuk 1 jam sebelum menaiki feri tau bot. Di dalam feri ada disediakan plastik hitam untuk sesiapa yang mabuk di dalam feri. Anda juga disarankan untuk membawa ubat-ubatan lain seperti panadol, ubat athma atau lain-lain jika perlu. Jika anda mempunyai penyakit serius, anda dikehendaki memberitahu pihak agensi atau pihak resort.
5) Tiket pemuliharaan taman laut
Tiket ini anda perlu bayar sebelum menaiki feri. Tiket ini bertujuan untuk penyelenggaraan taman laut. selain menikmati keindahan taman laut, kita juga bertanggungjawab untuk menjaga dan mengekalkan keindahan semula jadi ini.
6) Bawa kasut yang bersesuaian
Disana juga terdapat aktiviti mendaki dan jelajah hutan. Jika anda ingin melakukan aktiviti tersebut jika ada waktu terluang, anda boleh berhubung dengan pekerja disana dan disarankan membawa kasut yang sesuai. Laluan yang disediakan mengikut tahap yang diminta.
7) Aktiviti diving
Aktiviti ini hanya sesuai untuk pelancong yang mempunyai lesen open water course diving. Pelancong juga tidak dibenarkan menyelam seorang diri, aktiviti ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua orang.
ARTIKEL-ARTIKEL MENARIK
WhatsApp Kami