1) Transport ke Langkawi
Pelancong boleh memilih sama ada;
2) Masa yang sesuai
Elakkan ke Langkawi pada musim hujan kerana banyak aktiviti akan tergendala seperti Island Hoping, Mangrove cruise dan cable car. Semasa cuti sekolah dan cuti umum juga pengunjung sangat ramai di sini.
3) Pilih Hotel di Pantai Cenang/Pekan Kuah
Penginapan di hotel sekitar sini pantainya agak cantik dan pemandangannya agak mempersonakan terutamanya ketika matahari terbenam. Kebanyakkan pelancong akan memilih untuk menginap di hotel sekitar sini kerana pemandangannya yang menarik
4) Kereta Sewa di Langkawi
Syarikat Kereta sewa banyak terdapat di Langkawi. Pelancong boleh menempah secara online atau melalui telefon. Di airport dan di jeti juga ada kaunter-kaunter yang menawarkar perkhidmatan kereta sewa.
5) Tempat Menarik di Langkawi
Langkawi ni memang tempat tumpuan pengunjung dalam dan luar negeri. Apabila ke sini jangan lupa ke Panaromic Langkawi ( Sky Cab ). Kalau ada keberanian, boleh berjalan di jambatan gantung di puncak itu nanti. Antara tarikan lain di Langkawi yang menjadi tumpuan pengunjung adalah 3D Art Museum. Tetapi, jika anda ke Langkawi pada waktu cuti sekolah, hendak bergambar dengan kreativiti agak susah kerana ramai pegunjung dan masing-masing tunggu turn nak bergambar.
6) Shopping di Langkawi
Langkawi juga terkenal sebagai Pulau Bebas Cukai. Pelbagai barangan di sini bebas cukai dan lebih murah dari tanah besar. Antara barangan yang selalu dibeli adalah set pinggan mangkuk, coklat, kain batik/pelikat, minyak gamat dan rokok. Kedai bebas cukai terdapat di Pekan Kuah. Kedai yang biasa menjadi tumpuan adalah Haji Ismail Group, RAMS, Idaman Suri.
7) Beri makanan kepada haiwan
Jangan memberi makan kepada kera kera yang dijumpai banyak di bahu jalan terutama sekali berhampiran kawasan Pantai Kok. ia akan menyebabkan kekotoran di kawasan itu. Selain itu, pelancong tidak terlalu digalakkan untuk memberi makan burung burung helang ketika menyertai aktiviti eagle feeding kerana aktiviti ini boleh menyebabkan burung-burung terlalu bergantung harap kepada makanan yang disediakan oleh manusia dan hilang deria naturalnya ataupun minat
ARTIKEL-ARTIKEL MENARIK
WhatsApp Kami