LRM_EXPORT_10525418720162_20200401_101952066

HIKMAH MELAKSANAKAN IBADAH QURBAN

Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan al- Quran dalam surah al-Kauthar ayat 2: “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (tanda kesyukuran).
 

A) Antara hikmah melaksanakan ibadah qurban.

1. Ibadah qurban disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT atas segala nikmatNya yang berbagai-bagai dan juga atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun. Pelbagai nikmat yang Allah berikan kepada kita antaranya nikmat kesihatan, kebahagiaan, kemewahan dan yang paling penting adalah nikmat keimanan kepadaNya.

 

2. Membantu golongan yang susah antara sifat orang mukmin. Kita harus sentiasa meringankan beban golongan fakir miskin dengan membelanjakan harta kemewahan yang Allah berikan kepada mereka. Dengan membuat ibadah qurban orang yang susah dapat merasai nikmat merasai daging. Sesungguhnya dengan bersedekahlah Allah akan melipat gandakan ganjaran serta memudahkan segala urusan kita.

 

3. Ia juga bertujuan menjadi penebus dosa bagi pelakunya sama ada disebabkan kesilapankesilapan yang telah dilakukan, ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan. Dengan melakukan ibadah qurban maka ia akan mendekatkan diri kita kepada Allah disamping mencari redha Allah.

 

4. Ibadah qurban yang dilakukan dengan penuh ketaatan, ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar serta berlipat ganda dari Allah SWT. Ini berdasarkan hadis nabi yang bermaksud; “Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.” – [HR. Ahmad dan Ibnu Majah].

 

5. Selain itu, pada hari akhirat kelak, binatang yang kita qurbankan itu akan menjadi saksi terhadap amalan ketaatan yang dilaksanakan.

 

 
 
B) Pembahagian daging qurban wajib atau nazar

Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berqurban memakan daging qurbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.


Menurut pandangan ulama mazhab Syafie:
1. Untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya.
2. Untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin.
3. Untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.


Paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Syafie ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berqurban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ia sunat dimakan.


Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan qurban.

 

 

 

C) Agihan daging qurban

Sebelum melaksanakan pengagihan daging qurban, tindakan pertama yang wajib dilakukan ialah mengasingkan antara daging bahagian qurban wajib daripada daging bahagian qurban sunat sebelum diagihkan kepada penerima.


Hal ini jika perkongsian tujuh bahagian itu berlaku antara mereka yang berniat qurban wajib dengan mereka yang berniat qurban sunat, atau ada bahagian yang diniatkan untuk aqiqah.


Ini langkah pertama yang amat penting kerana daging qurban wajib, wajib diagihkan kepada yang berhak kesemuanya, begitu juga dengan bahagian aqiqah yang ada cara pengagihannya yang sedikit berbeza dengan pengagihan qurban sunat.


Beberapa urusan lain yang berkaitan dengannya hendaklah diputuskan melalui jawatankuasa yang dibentuk untuk memudahkan pengagihan kepada pihak-pihak yang telah dikenal pasti seperti yang berikut:
1. Menyediakan senarai penerima daging qurban mengikut keutamaan
2. Memastikan daging qurban cukup untuk diagihkan kepada pihak-pihak yang telah disenaraikan
3. Mengutamakan golongan fakir dan miskin yang telah dikenal pasti status mereka
4. Mengagihkan daging qurban kepada mereka yang tinggal di kawasan terpencil
5. Menyediakan kontena sejuk (jika perlu) untuk menempatkan daging qurban sebelum ia diagih ke kawasan pedalaman; dan mengagihkan daging qurban kepada golongan yang berada sekiranya terdapat lebihan daging qurban tersebut.


Mudah-mudahan ibadah qurban yang kita lakukan ini mendapat redha Allah serta menjadikan kita hamba Allah yang sentiasa mensyukuri nikmatnya.

 

Sumber:
Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan UndangUndang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Anda berniat untuk melaksanakan ibadah qurban untuk insan yang tersayang? Kami disini menjamin akan memberi  khidmat yang terbaik untuk anda.

Hubungi  019-4491170 (Hj.Hilmi) untuk pertanyaan lanjut berkenaan pelaksanaan qurban ini.

Artikel menarik yang lain

Ilmiah
syoknyat-admin

Amalkan Pemakanan Sihat Selepas Bersalin

Ada sesetengah ibu mungkin tidak mengetahui terdapat beberapa kaedah bersalin yang boleh dibuat. Ini kerana kebiasaannya persalinan normal atau persalinan Caesar adalah kaedah yang paling

Baca lagi »
Ilmiah
syoknyat-admin

Penjagaan Berat Badan Selepas Bersalin

Kebanyakan wanita selepas bersalin menginginkan bentuk badan yang asal atau ideal. Namun, ia bukannya satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Anda memerlukan kesabaran yang tinggi

Baca lagi »