Cahaya mata adalah satu anugerah yang tidak ternilai bagi setiap ibu bapa. Namun ada sesetengah ibu bapa yang masih kurang tahu tentang penjagaan bayi baru lahir dengan betul terutama sekali bagi ibu bapa yang baru. Bagi ibu bapa yang baru pasti akan merasai sukar untuk menjaga bayi baru lahir kerana banyak pantang larang yang perlu diikuti. Namun ianya tidak sukar sekiranya anda sudah tahu cara penjagaannya yang betul.

1. Pemakanan Bayi

Bagi bayi yang baru lahir, mereka hanya perlu diberikan susu ibu selama 6 bulan pertama. Ini kerana susu ibu mengandungi nutrien dan antibodi penting yang diperlukan untuk pertumbuhan bayi. Para ibu perlu menyusui bayi mereka setiap 2 hingga 3 jam. Sekiranya bayi tersebut tidak dapat menerima susu ibu, ibu perlu memberikan bayi mereka susu formula yang disyorkan oleh doktor. Apabila selesai menyusukan bayi, ibu perlu sendawakan bayi mereka bagi mengelakkan perut kembung. Ibu perlu memegang bayi dan sandarkan kepala bayi di bahu. Kemudian, usap lembut di belakang bayi.

2.Memegang bayi dengan betul

Setiap ibu bapa perlu mengetahui cara memegang bayi baru lahir dengan betul. Ini kerana bayi yang baru lahir otot leher mereka masih belum cukup kuat dan badan mereka masih lembut. Leher bayi akan dapat menyokong kepala dengan sendirinya apabila mereka berumur 3 bulan. Cara yang betul untuk memegang bayi adalah dengan memegang kepala dan leher bayi dengan satu tangan. Selain itu, ibu bapa juga diingatkan supaya tidak menggoncang bayi kerana organ dalaman mereka lembut dan boleh mengakibatkan rosak disebabkan gegaran yang kuat.

3.Waktu tidur

Bayi yang baru lahir perlu tidur sekurang-kurangnya 16 jam sehari atau lebih. Kebiasaannya bayi yang baru lahir akan tidur selama 2 hingga 4 jam pada waktu siang dan mereka akan bangun apabila lapar. Selain itu, setiap ibu bapa juga perlu sentiasa memeriksa keadaan bayi mereka ketika tidur supaya bayi mereka tidur dalam keadaan yang selamat. Ini kerana bagi mengelakkan berlakunya lemas atau risiko kematian.

4.Mandi

Bagi bayi yang baru lahir, para ibu perlu memandikan bayi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Mandikan bayi dengan menggunakan air yang suam. Cuci badannya terlebih dahulu dengan menggunakan sabun dan kemudian cuci di bahagian kepalanya pula. Apabila selesai, keringkan badan bayi dengan tuala yang lembut, sapukan losyen, memakaikan lampin dan akhir sekali memakaikan pakaian bayi.

5. Penjagaan lampin

Penjagaan lampin bayi adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan. Ini kerana ada sesetengah bayi yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami ruam. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan lampin tersebut sesuai dengan kulit bayi. Selain itu, ibu juga perlu sentiasa mengganti lampin bayi bagi mengelakkan ruam lampin berlaku. Para ibu perlu menukarnya sekurang-kurangnya 10 kali sehari. Secara purata, bayi mungkin memerlukan sekitar 10 hingga 12 lampin setiap hari.

Begitulah serba sedikit perkongsian tips berkaitan penjagaan bayi baru lahir. Semoga tips ini dapat membantu dan memudahkan ibu bapa terutama sekali kepada para ibu bapa yang baru.

Baca artikel-artikel lain:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *