Perkara Sunat, Makruh & Cara Sembelihan Qurban
Tatacara Pelaksanaan Ibadah Qurban - 3
TUJUAN
Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban ini disediakan adalah untuk memberi panduan dan rujukan kepada individu yang hendak melaksanakan ibadah qurban dan pihak yang hendak
menguruskan ibadah tersebut.
PERKARA SUNAT KETIKA BERQURBAN
Antara perkara sunat ketika berqurban adalah seperti yang berikut:
(a) Menambat ternakan qurban menjelang Hari Nahar.
(b) Memberi makanan kepada haiwan qurban sebelum disembelih.
(c) Memastikan haiwan tersebut tidak makan makanan yang syubhah seperti makan rumput di kawasan yang bukan milik tuan haiwan qurban.
(d) Meletakkan tanda serta menutup tubuh haiwan qurban supaya dapat merasakan kepentingan qurban.
(e) Melakukan penyembelihan qurban dengan sendiri.
(f) Membaca Bismillah
(g) Berselawat ke atas Nabi SAW.
(h) Penyembelih dan haiwan mengadap ke arah qiblat.
(i) Memilih haiwan ternakan yang paling baik.
(j) Menunggu haiwan yang disembelih itu sehingga sejuk dan semua anggotanya tidak bergerak lagi atau benar-benar mati dan baharulah dilapah.
(k) Orang yang melakukan qurban disunatkan tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga dia telah selesai berqurban.
PERKARA MAKRUH KETIKA BERQURBAN
Antara perkara yang makruh ketika berqurban adalah seperti yang berikut:
(a) Melakukan qurban ke atas haiwan yang carik telinganya atau terpotong sedikit di belakang
telinganya
(b) Memotong bulu haiwan yang hendak diqurbankan bagi tujuan kegunaan sendiri jika boleh memudaratkannya.
(c) Melakukan qurban ke atas haiwan yang pecah atau patah tanduknya, atau tiada bertanduk.
(d) Memerah susu haiwan yang hendak dijadikan qurban dan meminumnya kecuali disedekahkan susu tersebut
(e) Memotong kuku dan bercukur bagi orang yang berniat qurban.
(f) Melakukan sembelihan qurban pada waktu malam
CARA MENYEMBELIH HAIWAN QURBAN
Cara menyembelih ternakan qurban adalah seperti yang berikut:
(a) Niat atau qasad untuk sembelih qurban; antara contoh-contoh lafaz niat:
1. Qurban Sunat
2. Qurban Nazar
(b) Membaringkan dan menghadapkan rusuk kiri haiwan ke arah kiblat dan kepalanya diangkatkan sedikit
(c) Direbahkan dengan menggunakan tali yang sesuai, tempat yang sesuai dan tidak menyebabkan kecederaan kepada ternakan
(d) Membaca ‘Bismillah’ atau ‘Bismillahi wallahuakbar’
(e) Berselawat ke atas Nabi SAW
(f) Bertakbir tiga kali sebelum dan selepas sebagai contoh:
(g) Penyembelih hendaklah memegang kulit tengkuk haiwan di bahagian bawah dagunya dan menariknya sehingga nampak jelas kulitnya
(h) Meletakkan alat menyembelih di leher dengan memutuskan halqum, urat mari’ dan dua urat di leher kiri kanan haiwan (wadajain)
(i) Penyembelihan hendaklah dilakukan dengan kadar segera dan tidak diselangi dengan amalan-amalan lain
(j) Berdoa kepada Allah SWT agar ibadah qurban diterima:
AGIHAN DAGING QURBAN
Sebelum melaksanakan pengagihan daging qurban, tindakan pertama yang wajib dilakukan ialah mengasingkan antara daging bahagian qurban wajib daripada daging bahagian
qurban sunat sebelum diagihkan kepada penerima. Hal ini jika perkongsian tujuh bahagian itu berlaku antara mereka yang berniat qurban wajib dengan mereka yang berniat qurban sunat, atau ada bahagian yang diniatkan untuk aqiqah. Ini langkah pertama yang amat penting kerana daging qurban wajib, wajib diagihkan kepada yang berhak kesemuanya, begitu juga dengan bahagian aqiqah yang ada cara pengagihannya yang sedikit berbeza dengan pengagihan qurban sunat.
Beberapa urusan lain yang berkaitan dengannya hendaklah diputuskan melalui jawatankuasa yang dibentuk untuk memudahkan pengagihan kepada pihak-pihak yang telah dikenal pasti seperti yang berikut:
(a) Memastikan daging qurban cukup untuk diagihkan kepada pihak-pihak yang telah disenaraikan
(b) Menyediakan senarai penerima daging qurban mengikut keutamaan
(c) Mengutamakan golongan fakir dan miskin yang telah dikenal pasti status mereka;
(d) Mengagihkan daging qurban kepada mereka yang tinggal di kawasan terpencil
(e) Menyediakan kontena sejuk (jika perlu) untuk menempatkan daging qurban sebelum ia diagih ke kawasan pedalaman
(f) Mengagihkan daging qurban kepada golongan yang berada sekiranya terdapat lebihan daging qurban tersebut.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia