Getting-the-goat-Australia-struggling-to-meet-soaring-demand-for-goat-meat

HUKUM BERKONGSI QURBAN & AQIQAH PADA SEMBELIHAN LEMBU/UNTA YANG SAMA

Suka untuk kami menjelaskan bahawa bagi seekor lembu atau unta, ianya boleh dikongsikan kepada 7 bahagian. Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Jabir bin Abdullah RA yang mana menyebutkan:

Maksudnya: “Kami telah melakukan qurban bersama-sama Rasulullah SAW pada tahun Hudaibiyah dengan unta yang dikongsi dengan 7 bahagian dan lembu yang dikongsi dengan 7 bahagian.” Riwayat Muslim (1318), Abu Daud (2809) & Al-Tirmizi (1502)

 

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Minhaj Syarh Sahih Muslim mengatakan bahawa hadith di atas menjadi dalil kebolehan untuk isytirak (berkongsi) seekor unta atau lembu untuk tujuh bahagian (yang setiap satunya mewakili seekor kambing).[1]

 

Meskipun terdapat nas yang menunjukkan bahawa boleh melakukan perkongsian pada haiwan qurban (unta dan lembu) pada satu ibadat qurban yang sama, namun terdapat khilaf dikalangan ulama’ dalam isu isytirak ini iaitu, adakah dibolehkan untuk berkongsi niat untuk korban dan juga aqiqah bagi setiap bahagian pada haiwan korban yang sama?

 

Pendapat al-Syafi’eyyah membenarkannya. Ini sepertimana pendapat Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah yang mana menyebutkan bahawa:

Maksudnya: “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebabsebab darinya untuk qurban dan aqiqah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji maka sah hukumnya..” [Lihat al-Fatawa al-Fiqhiyyah alKubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, 4/256]

 

Pendapat al-Hanafiah juga membenarkannya. Ini sepertimana di sebutkan oleh Ibn ‘Abidin alHanafi Rahimahullah di dalam Hasyiahnya iaitu dibenarkan untuk berlakunya perkongsian bagi korban dan aqiqah. Ini kerana korban dan juga aqiqah adalah amalan yang keduanya mendekatkan diri kepada Allah SWT (al-qurbah). [Lihat Rad al-Muhtar ‘ala al-Dur al-Mukhtar. Dar al-Fikr, 6/326]

 

Adapun yang masyhur dikalangan al-Malikiyyah dan juga al-Hanabilah adalah tidak dibenarkan iaitu menurut mereka ianya tidak sah. Ini kerana pada pendapat mereka, untuk korban dan juga aqiqah itu adalah dua sembelihan yang berbeza tujuannya maka ianya tidak boleh disatukan seperti mana dam al-Tamattu’ dan juga dam al-Fidyah. [Lihat Fatawa Yas’alunak oleh Prof. Dr. Husamuddin ‘Afanah. Maktabah Dandis, 4/350).

 

Mengetahui bahawa isu ini terdapat khilaf padanya, maka padanya terdapat keluasan dalam beramal dengannya. Kami berpendapat bahawa boleh untuk disekalikan niat qurban dan aqiqah pada bahagian lembu dan juga unta seperti mana yang dinaskan oleh pendapat dari kalangan al-Syafi’ieyyah dan juga al-Hanafiah.

 

Kami juga melihat kepada kemampuan seseorang itu untuk melakukan qurban dan juga aqiqah. Sekiranya seseorang itu mampu, maka yang terbaiknya adalah dengan mengasingkan setiap satu daripada ibadah tersebut tanpa berlakunya perkongsian (qurban dan aqiqah disekalikan) dan itu bagi kami adalah yang terbaik untuk keluar daripada khilaf. Wallahu a’lam.

 

Sumber: 

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/1070-irsyad-al-fatwa-haji-dankorban-siri-5-hukum-berkongsi-korban-dan-aqiqah-pada-sembelihan-lembu-unta-yang-sama

Anda berniat untuk melaksanakan ibadah qurban untuk insan yang tersayang? Kami disini menjamin akan memberi  khidmat yang terbaik untuk anda.

Hubungi  019-4491170 (Hj.Hilmi) untuk pertanyaan lanjut berkenaan pelaksanaan qurban ini.

Artikel menarik yang lain