5 AMALAN MENYAMBUT BAYI BARU LAHIR: ANTARA SUNNAH, ADAT DAN KHURAFAT

Ibu bapa manalah yang tidak gembira apabila anak mereka dilahirkan. Kelahiran anak yang diamanahkan oleh Allah SWT itu merupakan simbol kasih sayang antara pasangan dan tanda kegembiraan hidup berkeluarga.


Namun, disebalk kegembiraan dan kebahagiaan, ada pula tanggungjawab baru yang perlu dipikul oleh kedua-dua ibu dan bapa. Ada yang sudah berpengalaman menyambut kedatangan insan baru, tapi masih ramai sebenarnya yang keliru dengan amalan yang sering dibuat oleh masyarakat Melayu.


Yang mana satu sunnah, yang mana satu adat dan yang mana satu khurafat? Kami kongsikan 5 amalan yang biasa dibuat dalam masyarakat Melayu selepas bayi dilahirkan.

1. Menanam uri

0a5d70d60ffe0d02003912ec0de0ee40

Menurut Mufti Faraz Adam Al-Mahmudi, tubuh badan manusia ini bukanlah hak milik kita. Ia hanyalah pinjaman Allah SWT sementara kita berada di atas muka bumi. Sebagaimana jenazah seorang Muslim perlu ditanam, begitu jugalah uri dan tali pusat seorang bayi yang baru dilahirkan.

 

Cara menanam uri pula mudah sahaja. Dr.Danial menjelaskan uri hanya perlu dicuci bersih menggunakan air sahaja sebelum dibungkus ketat menggunakan plastik dan ditanam

 

 

Ramai orang Melayu yang terikut-ikut amalan seperti menggunakan kunyit, limau nipis, asam keeping dan sebagainya ketika membasuh uri. Ada yang lebih mengarut dengan meletakkan paku dan kain putih/hitam untuk untuk menghalau jin.

 

Malah, lebih menyedihkan lagi apabila ada ibu bapa yang percaya bahawa menanam uri bersama pen, kalkulator, laptop dan kamus boleh membuat anak tersebut membesar menjadi seorang yang bijak.

2. Membelah mulut (tahnik)

322548_1100

Masih wujud golongan Melayu yang percaya membelah mulut perlu dibuat menggunakan cincin emas yang direndam air zamzam, potongan asam keeping dan sebagainya. Sebenarnya upacara “belah mulut” ini adalah adat yang berasal dari kaum Hindu agar mendatangkan kepetahan, kebijaksaan dan kebaikan kepada bayi.

 
Dalam Islam, Sunnah Rasulullah SAW hanyalah dengan mentahnikkan bayi tersebut dengan buah kurma. Jika tiada tamar (kurma biasa/kering), bolehlah menggunakan kurma masak ranum/basah).


Ada ulama yang berpendapat jika ketiadaan kurma, anda boleh bertahnik menggunakan manisan lain seperti madu. Namun, sebenarnya madu adalah bahaya untuk bayi di bawah 12 bulan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merupakan salah satu kumpulan perubatan yang bersetuju bahawa madu tidak sepatutnya diberikan kepada bayi di bawah 12 bulan.


Proses tahnik atau “belah mulut” itu sebenarnya merupakan salah satu Sunnah Rasulullah dengan memberikan secalit kurma yang telah dikunyah atau dihancurkan kepada bayi, bukan madu atau manisan lain seperti yang ramai orang sangka.


Bukan nak kata menggunakan madu itu jatuh hukum haram, tetapi jika ia mendatangkan mudarat lebih baik dielakkan. Lagipun kita nka ikut Sunnah bukan? Oleh itu lebih baik menggunakan kurma. Lagipun sekarang sudah senang nak cari buah kurma di mana-mana kedai dan pasaraya, ia dijual sepanjang tahun.

3. Mencukur jambul

Ridzki Novianshah

Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz menyatakan amalan mencukur jambul (bahagian depan rambut sahaja) dan menggunakan kelapa semasa upacara tersebut berlangsung adalah amalan bidaah dan khurafat kerana meniru ritual agama Hindu.


Menurutnya lagi, Islam menggalakkan rambut bayi dicukur sehingga botak untuk menyingkirkan segala kekotoran yang melekat di kepala bayi semasa dalam kandungan dan agar rambut baru dapat tumbuh dengan lebih sihat.


Rambut yang telah dicukur itu kemudian disedekahkan kepada fakir miskin dengan cara menimbang dan menyamakan berat rambut dengan nilai perak atau emas. Sebagai contoh, berat rambut adalah 1 gram, manakala nilai emas 1 gram pada hari tersebut adalah RM180, maka wang RM180 itu perlu dijadikan sedekah kepada fakir miskin.


Ustaz Azhar Idrus pula berkata mengadakan majlis cukur jambul sekadar ‘cukup syarat’ tidak menjadi satu kesalahan. Namun, ibu bapa perlu memastikan rambut bayi masih dicukur botak setelah selesai majlis selesai. Selain itu, Sunnah mencukur rambut ini terpakai untuk keduadua jantina lelaki dan perempuan dan paling afdal dibuat pada hari ke-7 selepas kelahiran.

4. Berendoi

DSC_0142

Ibadah aqiqah disunatkan kepada setiap bayi yang baru dilahirkan. Sunnah Rasulullah SAW menyatakan ia paling elok dibuat semasa hari ke-7 kelahiran bayi. Namun hukumnya sunat muakkad selagi anak itu belum baligh dan harus apabila anak sudah baligh.

 

Tertib sunat yang terbaik adalah menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan 1 ekor kambing bagi anak perempuan. Walau bagaimanapun, Mufti WP menyatakan ia memadai sekiranya dapat menyembelih 1 ekor kambing sahaja nagi anak lelaki. Daging kambing yang disembelih bolehlah dimasak sebagai jamuan atau diagih-agihkan.


Walau bagaimanapun, kecenderungan masyarakat zaman kini dalam mengadakan majlis aqiqah berserta adat berendoi secara besar-besaran bagaikan kenduri kahwin mempunya pandangan berbeza-beza.


Menurut Ustaz Rohidzir Rais, adat berendoi menggunakan buaian yang dihias cantic sambil didendangkan marhaban dan berzanji merupakan adat Melayu yang sidah lama dipraktikkan. Amalan ini tidaklah bercanggah dengan ajaran Islam. Walaupun ia bukan berasal dari pada Rasulullah SAW, ia dibolehkan selagi tidak berlebih-lebihan. Namun, lebih afdhal sekiranya ia digantikan dengan amalan lain seperti bacaan Al-Quran atau berzikir untuk mengelakkan khilaf.


Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz pula menegaskan bahawa majlis keraian itu sekiranya diadakan secara besar-besaran, niatnya bukanlah untuk menunjuk-nunjuk dan mempamerkan unsur kemewahan. Niat seseorang haruslah benar-benar ikhlas kerana Allah SWT. Dikhuatiti kalau tersilap langlkah, boleh bertukar menjadi riak. Daripada elok-elok mengejar pahala sunat, tiba- tiba mendapat dosa pula.

5. Menjauhi “gangguan”

baby-sleep-position-1538650093

Ramai ibu bapa amat takut dengan syaitan dan jin yang boleh mengganggu anak kecil mereka. Ada yang taksub sehingga percaya dengan tangkal atau azimat seperti meletakkan paku, gunting dan sebagainya di bawah bantal bayi atau meletakkan buku surah Yassin berhmpiran bayi dengan niar memberi perlindungan daripada gangguan.


Malah, lebih menyedihkan lagi apabila segelintir masyarakat masih lagi mempercayai amalan khurafat seperti memakaikan benang hitam/kuning yang telah dibacakan ayat jampi utuk menghalau jin.


Ulama mengatakan haram mempercayai atau menggunakan tangkal dan azimat. Umat Islam ditegah melakukan kerana dikhuatiri boleh jatuh syirik.


Menurut Ustaz Azhar Idrus, sememangnya wujud Ummu Sibyaan iaitu iblis yang suka mengganggu anak kecil. Tetapi kaedah yang terbaik untuk mengelakkan gangguan iblis adalah dengan menutup semua pintu dan tingkap ketika hamper waktu maghrib.


Sekiranya anak menangis tidak henti-henti kerana dipercayai terkena gangguan syaitan, anda bolehlah bacakan ayat Kursi dan tiga Qil (al-Ikhlas, al-Falaq dan An-Naas), ditiup pad kepala bayi sambil berkata, “Wahai Ummu Sibyaan, keluar dan jangan ganggu anak aku.” Kemudian, biarkan anak tidur dalam keadaan meniarap.

Anda berniat untuk melaksanakan ibadah aqiqah untuk insan yang tersayang? Kami disini menjamin akan memberi  khidmat yang terbaik untuk anda.

Hubungi  019-4491170 (Hj.Hilmi) untuk pertanyaan lanjut berkenaan pelaksanaan aqiqah ini.

Artikel menarik yang lain

Ilmiah
syoknyat-admin

Amalkan Pemakanan Sihat Selepas Bersalin

Ada sesetengah ibu mungkin tidak mengetahui terdapat beberapa kaedah bersalin yang boleh dibuat. Ini kerana kebiasaannya persalinan normal atau persalinan Caesar adalah kaedah yang paling

Baca lagi »
Ilmiah
syoknyat-admin

Penjagaan Berat Badan Selepas Bersalin

Kebanyakan wanita selepas bersalin menginginkan bentuk badan yang asal atau ideal. Namun, ia bukannya satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Anda memerlukan kesabaran yang tinggi

Baca lagi »