4 Peluang Untuk Industri Pelancongan Mengikut Trend 2020

Malaysia menganjurkan trend percutian lebih lama atau slow travel sebagai trend perjalanan utama pada tahun 2020, ia meningkat 20 peratus berbanding tahun sebelumnya. Trend slow travel menekankan pengalaman berbanding destinasi. Ia adalah tentang bersantai dan mengambil masa lebih lama untuk percutian.

 

Menurut Skyscanner, peratusan tertinggi pelancong Asia yang meminati slow travel pada tahun 2020 adalah Korea Selatan (31%), Hong Kong (29%), Taiwan (28%) dan Jepun (27%). Ia juga menunjukkan peningkatan minat global ke destinasi di Asia berbanding Eropah pada 2020 dengan lebih 75 peratus destinasi pilihan di rantau ini. Syarikat Amadeus juga menyatakan bahawa pertumbuhan tertinggi dalam carian dalam talian untuk pelancongan ke Malaysia adalah Korea, Indonesia, China, Thailand dan Singapura.

 

Oleh itu, kerajaan menggalakkan pengusaha industri pelancongan seperti penginapan homestay, hotel, resort dan lain-lain menawarkan harga yang berpatutan kepada pelancong, serta melakukan pembaharuan dalam tempat penginapan pengusaha agar dapat menarik minat mereka untuk tinggal lebih lama sekaligus dapat mempelajari budaya unik yang terdapat di Malaysia ini.

 

Disini kami senaraikan beberapa cara untuk pengusaha syarikat pelancongan lakukan dengan mengikuti trend 2020 ini agar boleh membantu menarik para pelancong untuk melancong lebih lama lagi di Malaysia, sekaligus membantu meningkatkan ekonomi negara.

1. Penginapan Mesra Alam

Tinjauan Booking.com baru-baru ini menunjukkan bahawa 70% pelancong lebih cenderung untuk menempah sebuah penginapan jika mereka tahu penginapan tersebut adalah mesra alam.

 

George Morgan-Grenville, CEO dan pengasas Red Savannah, berkata “produksi tenaga hijau (mesra alam), kitar semula yang betul, makanan organik dan pemerolehan tempatan akan menjadi tinggi pada senarai kehendak pelancong.”

 

Contoh penginapan mesra alam di Malaysia ialah Shangri-La Resort & Spa. Resort ini telah mendapat anugerah ‘Hotel Lestari Terbaik Malaysia’. Menggunakan kelengkapan mandi berasaskan kanji mudah diuraikan di semua bilik tetamu, dan menggantikan keperluan dandang berkuasa diesel dengan pam haba untuk pelbagai operasi.

 

Manakala Hotel Element Kuala Lumpur mempunyai ciri-ciri mesra alam termasuk sistem penuaian air hujan, pencahayaan LED yang cekap bertenaga, pemantau C02 kualiti udara dalaman dan program ‘Bikes-to-Borrow’ untuk menggalakkan persekitaran mesra alam.

2. Percutian Alam Semulajadi

“Terdapat permintaan untuk kembali ke asal (back to basic) dengan terapi bunyi dan terapi hutan”, kata Gray & Co.’s Gray. Brady Indagare bersetuju dan berkata, “Semakin banyak syarikat pelancongan yang menawarkan program yang direka khusus untuk menggalakkan transformasi peribadi dan lebih fokus bukan hanya pada tubuh dan minda, tetapi juga kebaikan mental dan rohani dengan menyambungkan semula diri dengan alam semulajadi.

 

Industri kesejahteraan global kini bernilai 4.2 trilion dollar, dan menurut Institut Kesihatan Global, kesejahteraan pelancongan berkembang dua kali ganda kadar keseluruhan pelancongan. Tahun ini, para pelancong bersedia untuk melibatkan diri dalam alam semulajadi, sambil mengambil inisiatif kesihatan. Ini bermakna mengamalkan tabiat yang sihat dengan meletakkan diri dalam persekitaran yang tenang dari kesibukan kerja dan masalah.

 

Untuk pengalaman seperti itu, pusat-pusat penjagaan tempat-tempat pelancongan alam semulajadi harus menaik taraf lokasi tersebut supaya lebih terjaga dan terjamin keindahannya. Contoh tempat pelancongan alam semulajadi di Malaysia ialah Cameron Highlands, Taman Kebangsaan Mulu, pulau-pulau di Malaysia (Tioman, Mersing, Perhentian dan lain-lain), Taman Negara Pahang, Rizab Hutan Hujan Belum Perak dan banyak lagi.

3. Pengalaman Tempatan

Pelancong hari ini mereka mempunyai rasa lebih ingin tahu yang mendalam tentang tempat yang mereka kunjungi, terutama sekali tempat-tempat yang mempunyai unsur tradisi dan budaya. Mereka mahu melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam budaya tempatan. Bermula dari menikmati masakan tempatan hinggalah mengikuti festival perayaan yang terdapat di negara Malaysia ini, pengalaman tempatan dijadikan beberapa trend pelancongan utama untuk dilihat.

 

Contohnya, pengalaman tempatan yang popular ialah pelancong akan melawat Sabah semasa festival utama, menyewa pakaian tradisional mereka untuk dipakai, makan makanan tradisi mereka dan melibatkan diri dalam aktiviti budaya dan permainan tradisional. Seperti melibatkan diri dalam Tarian Sumazau dari suku kaum Kadazan Dusun, Tarian Mongunatip dari suku kaum Murut dan banyak lagi. Satu lagi pelancong mungkin tinggal lama dengan keluarga tuan rumah di tempat destinasi sebagai cara untuk mengetahui lebih lanjut tentang budaya tempatan. 

4. Artificial Intelligence (AI)

Artificial Intelligence (AI) atau Kecerdasan Buatan dalam Bahasa Melayu merujuk kepada simulasi kecerdasan manusia dalam mesin yang diprogramkan untuk berfikir seperti manusia dan meniru tindakan mereka. Istilah ini juga boleh digunakan untuk mana-mana mesin yang mempamerkan sifat-sifat yang berkaitan dengan minda manusia seperti pembelajaran dan menyelesaikan masalah. AI juga membolehkan mesin untuk belajar dari pengalaman, menyesuaikan diri dengan input baru dan melaksanakan tugas seperti manusia.

 

AI menjadi sangat penting bagi industri pelancongan. Teknologi pembelajaran menggunakan mesin kini kukuh dalam sektor pelancongan, dengan AI ia membantu untuk memperibadikan pengalaman mencari dan menempah lawatan dan perjalanan. AI juga semakin hebat dalam konteks seperti bilik hotel pintar, mengenal pasti dan menyelaraskan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan keinginan tetamu.

 

AI sekarang boleh ditemui di mana-mana, dari perkhidmatan pelanggan sehingga keselamatan. Akan datang AI mungkin termasuk kenderaan memandu sendiri dan panduan maya untuk pelancongan. Untuk sektor pelancongan di Malaysia, kita sememangnya agak jauh ketinggalan dengan negara yang sudah melaksanakan AI dalam industri pelancongan terlebih dahulu seperti Jepun, China, Taiwan dan US. Tetapi kita masih boleh mencuba dengan perkara yang mudah dahulu seperti tempahan bilik maya!

 

Contoh video dari sumber YouTube tentang penggunaan AI di dalam hotel dan juga tempahan bilik.

 

Semoga industri pelancongan negara Malaysia terus berkembang maju dan menjadi destinasi pilihan utama para pelancong untuk bercuti. Untuk pengusaha di dalam industri pelancongan, semoga artikel ini bermanfaat dan seterusnya dalam membantu anda meningkatkan lagi perniagaan dan membantu Malaysia terus dikenali dengan keindahan alam, tradisi dan budaya!

Artikel menarik yang lain

Ilmiah
syoknyat-admin

Amalkan Pemakanan Sihat Selepas Bersalin

Ada sesetengah ibu mungkin tidak mengetahui terdapat beberapa kaedah bersalin yang boleh dibuat. Ini kerana kebiasaannya persalinan normal atau persalinan Caesar adalah kaedah yang paling

Baca lagi »
Ilmiah
syoknyat-admin

Penjagaan Berat Badan Selepas Bersalin

Kebanyakan wanita selepas bersalin menginginkan bentuk badan yang asal atau ideal. Namun, ia bukannya satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Anda memerlukan kesabaran yang tinggi

Baca lagi »