DESTINASI PALING TERBAIK DI BANDUNG, INDONESIA

Bandung adalah bandar provinsi Jawa Barat. Bandar ini sentiasa menarik pelancong baik tempatan mahupun antarabangsa dengan tarikan makanan, berbelanja dan alam semulajadinya. Oleh kerana ada banyak tarikan pelancongan di Bandung, menjadikan pelancong tidak akan kehabisan idea tempat untuk dikunjungi.

Itulah sebabnya, bandar ini menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Jawa Barat semasa bercuti. Mari kita lihat destinasi terbaik di Bandung ini, pastinya akan akan puas dan gembira jika ke tempat-tempat ini.

1. Pasar Terapung Lembang

floating market

Pasar Terapung Lembang ialah lokasi pelancongan yang menawarkan pelbagai jenis makanan dengan konsep pasar terapung di atas air. Pelancongan pasaran terapung di Lembang juga menawarkan taman tema, pembelajaran dan masakan di tengah-tengah seperti lawatan Bandung yang khusus. Walaupun konsep utama Pasar Terapung Lembang ini adalah pasar terapung, tetapi anda juga dapat menikmati aktiviti lain yang menarik. Taman angsa dan taman arnab pasti tempat yang dapat menarik kanak-kanak untuk memperkenalkan mereka kepada haiwan.


Pelancong boleh menemui pelbagai makanan ringan seperti dumpling, tofu lembang, mini martabak, seblak, durian bakar, nasi lasak panggang dan makanan berat seperti satay, soto, pelbagai mi, ikan panggang, goreng-gorengan dan pelbagai makanan lain disini.

Floating Market Lembang

Jl. Grand Hotel No.33E, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391, Indonesia

9:00 am – 7:00pm (Isnin hingga Khamis)

8:00am – 8:00pm (Jumaat hingga Ahad)

Rp.10,000 seorang

2. Farmhouse

farm-house-lembang

Farmhouse Bandung terletak di Kabupaten Lembang, Bandung. Ini adalah tarikan tema pertama Eropah yang pernah dibina di Indonesia. Ia mungkin kelihatan aneh, terutama untuk pelancong asing pergi ke negara tropika. Hanya untuk mengalami Eropah sekali lagi. Mengapa tidak?!


Farmhouse Bandung mempunyai keunikan sendiri yang menjadikannya tempat yang menarik. Tempat asalnya dibuat untuk mempromosikan kepelbagaian produk tempatan Lembang terutamanya susu segar.


Datang lebih awal pada waktu pagi ketika kabus masih meliputi kawasan itu. Apabila kabus mula hilang, barisan rumah zaman pertengahan kayu tersebut akan menjadi pemandangan yang indah dan cantik. Berjalan-jalan di sepanjang jalan kecil dan mendalami perasaan seperti berada di Eropah. Lupakan berada di negara tropika untuk seketika.


Antara replika rumah dan pasaran petani, terdapat kafe-kafe yang cantik yang beroperasi, patisseries dan kedai-kedai vintaj. Pastikan anda juga melawat Brew Coffee Cafe. Kafe yang selesa dan indah seperti di Itali atau Perancis. Barista akan mengejutkan tetamu dengan beberapa seni latte yang menakjubkan. Kedai-kedai vintaj pula menjual cenderahati, poskad, dan lain-lain.

Farmhouse Lembang

Jl. Raya Lembang No.108, Gudangkahuripan, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391, Indonesia

Dibuka setiap hari

8:00 am – 8:00 pm

Rp.20,000 seorang

3. Kebun Teh Rancabali

e894f656767797.59bb354b91027

Di Perkebunan Teh Rancabali ini, terhampar kebun teh yang sangat luas. Dengan udara yang dingin dan sejuk, pengunjung pasti berasa nyaman. Pengunjung boleh melakukan selfie disini. Di sepanjang jalan ladang teh ini, banyak peniaga makanan menjual barangan mereka. Terdapat peniaga jalanan, dan restoran juga. Pengunjung boleh membeli sesuai dengan mengikut bajet dan kehendak.


Ia unik dengan udara sejuk dan cuaca, air teh hangat sesuai untuk dinikmati, kerana ia akan menghangatkan badan selepas diselimuti oleh rasa sejuk di kawasan Ciwidey ini. Selain teh panas, pelawat juga boleh mencuba jagung panggang dan bakso sebagai makanan ringan dan makanan berat.

Perkebunan Teh Rancabali

Patengan, Rancabali, Bandung, West Java 40973, Indonesia

Dibuka setiap hari

7:00 am – 5:00 pm

4. Kartika Sari

maxresdefault

Ketika ingin membawa pulang buah tangan atau ole-ole dari kota Bandung, pastinya majoriti penduduk Bandung akan menjawab ‘Kartika Sari’. Kartika Sari berada di Bandung dan jika pengunjung berada di sana, mereka wajib mengunjungi ke kedai ikonik mereka di bandar.

 

Bangunan Kartika Sari ini menjual pelbagai jenis kek, kuih-muih, pastri dan snek yang lazat. Kebiasaannya pengunjung datang membeli-belah di Kartika Sari untuk mencari makanan sebagai cenderahati (food souvenirs).

 

Banyak makanan tradisional Indonesia yang boleh dipilih dan yang terbaik untuk diberikan sebagai cenderahati. Pisang Bollen, Kartika Sari, dan Bandung adalah trivia yang tidak terpisahkan. Pisang Bollen, kek dan brownies mereka dibungkus dalam kotak berbentuk segi empat tepat atau “rectangle”, lebih kemas dan cantik untuk dibawa pulang.

Kartika Sari

Jl. H. Akbar (Kebon Kawung) No. 4
Bandung
Jawa Barat – Indonesia

Dibuka setiap hari

6:30 am – 6:30 pm

5. Dusun Bambu Lambang

c7cbd46d-dusun-bambu

Jika berkunjung ke Bandung, tidak lengkap rasanya apabila tidak mengunjungi Dusun Bambu Lembang ini. Bertempat di ketinggian kawasan Bandung utara, suasana sejuk dan udara segar tentunya menjadi tarikan yang hebat sekali. Terdapat sekitar 58 jenis pokok buluh yang ditanam. Disebabkan inilah namanya dipilih kerana sepanjang tempat ini terdapat pokok buluh.


Taman Dusun Bambu sesuai untuk pencinta alam semulajadi (nature lover) dan mereka yang tinggal di bandar-bandar yang inginkan kehidupan nyaman alam semulajadi. Hal ini kerana Dusun Bambu hadir dengan sentuhan yang moden, green design, serta ecofriendly. Pasti akan membuat pengunjung terpukau dengan keindahan di sini. Disini juga pengunjung akan dapat melihat panorama yang sangat indah dengan suasana yang tenang disulami dengan bunyi air sungai yang pasti sangat selesa untuk rehatkan minda. Udara yang nyaman dan sejuk disini membuatkan pengunjung berasa lebih segar.


Banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung di sini. Pengunjung boleh menikmati masakan di beberapa restoran dan kafe, membawa anak-anak dan keluarga bermain dan beriadah bersama, atau bersiar-siar di sekitar taman yang telah disediakan. Di samping itu, pengunjung juga boleh menginap di vila yang ada. Ingin sedikit berbeza? Cuba menginap di glamping di sini!


Dari tempat letak kereta ke kawasan utama adalah agak jauh. Pengunjung boleh berjalan di sawah padi dengan pondok kecil untuk berehat, atau menggunakan pengangkutan shuttle ulang-alik yang bergerak setiap 5 minit. Perkhidmatan ulang-alik untuk pengunjung disediakan secara percuma, dan dihiasi dengan bunga yang berwarna-warni.


Datang bersama keluarga? Pengunjung boleh membawa anak-anak bermain di playground yang disediakan, naik perahu menyusuri danau, melukis baju, menikmati pelbagai ruang permainan yang ada, menyusuri sawah serta taman dan sebagainya.


Bagi kaki bergambar dan suka kongsi pengalaman di sosial media, jangan risau dengan latar belakang atau pemandangan yang sesuai untuk diambil. Di Dusun Bambu ini mempunyai pelbagai ‘spot’ yang cantik untuk mengambil gambar, yang pasti Instagram-friendly gitu!

Dusun Bambu

Jl. Kolonel Masturi No.KM.11, Kertawangi, Kec. Cisarua, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40551, Indonesia

Dibuka setiap hari 8:00 am – 9:00 pm

Rp.25,000 seorang

6. The Lodge Maribaya

229958021

The Lodge Maribaya adalah salah satu tempat pelancongan yang ada di daerah Lembang. Tempat ini menawarkan berbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti camping, trekking mengelilingi kawasan hutan pain, acara berkumpulan atau hanya sekadar untuk bersantai dan makan-makan.


Terdapat juga ‘spot’ untuk bergambar yang pastinya Instagram-friendly. Dengan berlatar belakangkan pergunungan hijau yang indah, tentunya bakal membuat gambar aktiviti pengunjung lebih cantik. Dikelilingi oleh gunung dengan hutan pain asli, udara dan suasana di sini benar-benar segar dan nyaman.


Sebentar tadi telah menyatakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan, antaranya ialah menaiki belon udara. Belon udara ini adalah salah satu aktiviti terbaru di The Lodge Maribaya. Di sini pengunjung boleh menaiki belon udara panas, melihat sekitar kawasan dari ketinggian, dan mengambil gambar. Tapi, belon udara ini tidak terbang ke mana-mana tau, ia kekal di suatu tempat hanya untuk mengambil gambar. Ia menampakkan seolah-olah pengunjung terbang dengan belon udara tersebut.


Seterusnya ialah Zip Bike. Aktiviti ini merupakan basikal yang dikayuh di atas kabel menuju ke spot bergambar. Jarak kayuhan tu adalah sekitar 10-12meter dan selepas bergambar petugas akan menarik semula basikal tersebut ke tempat asal. Secara fiziknya, basikal ni dah melekat pada besi yang digantung pada kabel bahagian atas Zip Bike ni. Jadi secara teorinya penunggang takkan terjatuh sebab basikal tu merupakan sebahagian dari kabel tu.


Ayunan Sky Wing pula sebenarnya adalah buaian yang digantung pada pokok yang tinggi. Struktur buaiannya sangat stabil dan kuat. Terdapat 2 buaian pada set yang sama iaitu untuk 1 seater ataupun 2 seater. Walaupun nampak macam sangat bahaya dan terlalu mudah jatuh, tetapi sebenarnya ianya selamat. Setiap pengunjung dipakaikan tali pinggang keselamatan sebelum diberi menaiki Sky Wing. Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di The Lodge jika pengunjung sampai sana!

The Lodge Maribaya

Jalan Maribaya No. 149/252 RT. 03 / RW. 15 Babakan, Gentong, Cibodas, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391, Indonesia

9:00 am – 5:00 pm (Isnin – Jumaat)

8:00 am – 5 :00 pm (Sabtu & Ahad)

Klik sini untuk lihat harga tiket https://www.thelodgemaribaya.com/price-list/

7. Jalan Dago

feature-3

Tidak sah ke Bandung kalau tidak ke Jalan Dago, suatu kawasan di utara Bandung. Jalan Dago kini sudah menjadi satu ikon kota Bandung. Jalan dua arah ini ada ramai pengunjung dan warga tempatan yang lalu sepanjang hari dan juga hingga larut malam.
Banyak aktiviti yang boleh dinikmati di Dago, baik siang ataupun malam. Lebih-lebih lagi bila tiba malam minggu, jalan ini menawarkan atmosfera yang berbeza.


Antaranya ialah Factory Outlet (FO), pusat membeli-belah barangan “reject” atau lebihan export berjenama mewah seperti Gucci, Timberland, Nike dan sebagainya.


Tempat makan juga dibuka dari siang hingga malam. Banyak restoran dan kafe berdiri sepanjang jalan dapat mengisi perut pengunjung yang datang. Ditambah lagi dengan pengamen (penyanyi jalanan) khas malam minggu dapat menghiburkan pengunjung yang hadir di Jalan Dago tersebut. Mereka terdiri dari anak-anak muda dengan jumlah yang ramai, biasanya dari golongan mahasiswa/mahasiswi.


Di sekitar Jalan Dago juga banyak terdapat ramai penjual bunga, biasanya mereka menawarkan bunga-bunga yang elok setangkai atau dalam bentuk ikatan bebeberapa tangkai. Buat pengunjung yang berbulan madu atau berkeluarga juga ada baiknya membelikan pasangan mereka bunga tersebut untuk melengkapi keindahan malam minggu romantik bersama.

 

Jalan Dago

Kecamatan Coblong, Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia

Dibuka setiap hari

24 jam

*Kedai di Jln Dago beroperasi lain-lain masa

Menarik bukan tempat-tempat yang kami kongsikan di atas tadi? Menghayati dan mempelajari budaya masyarakat di tempat negara lain dapat meningkatkan pengetahuan dan motivasi diri. Jadi sangat berbaloi jika melancong disana sambil melihat dan merasa sendiri pengalaman sejarah negara tersebut. Jadi apa tunggu lagi? Jom melancong bersama SyokNya Travel.

 

Kami di Syoknya Travel Sdn Bhd menyediakan peluang untuk anda merealisasikan impian anda. Kami disini menjamin akan memberi  khidmat kami adalah yang terbaik untuk anda. Mari kita mengembara sambil mencipta pengalaman berharga!

 

Hubungi  0194491170 (Encik. Hilmi) untuk pertanyaan lanjut berkenaan pakej yang disediakan atau klik pakej Bandung, Indonesia dibawah ini sekarang!

Pakej Bandung, Indonesia

Pakej 3 hari 2 malam dengan harga bermula RM550 seorang!
MENARIK!

Artikel menarik yang lain