Pulau Nami atau Nami Island kini menjadi salah satu destinasi yang wajib dikunjungi jika anda sedang melancung ke Korea Selatan. Pulau kecil ini dikenali kerana pernah dijadikan lokasi untuk drama brsiri Winter Sonata yang romantik.
Di balik drama Korea tersebut, ternyata pulau ini memiliki sejarah yang menyedihkan. Diceritakan pada saat itu, nama Nami Island diambil dari nama seorang jeneral yang terkenal pintar, baik dan juga kuat. Ia adalah Jeneral Nami.
Sejak kecil, ia menunjukkan kepintarannya yang luar biasa. Di usianya yang masih remaja, 17 tahun, Nami sudah diangkat menjadi jeneral. Di usia 25 tahun, ia pun kembali dipercayai untuk memegang jawatan di jabatan penting. Di zaman sekarang ini, mungkin jawatan itu dikenali dengan Menteri Pertahanan.
Sayangnya, kepintaran Nami membuat rakannya iri hati. Rakannya mula menyebarkan gosip bahawa jeneral Nami ingin mengambil kedudukan raja saat itu. Raja yang mengetahuinya pun terus percaya dan menjatuhkan hukuman mati untuknya.
Bukana sekadar hukuman mati, raja turut memerintahkan untuk memenggal leher serta memotong tangan dan kakinya kemudian dibuang ke sungai. Masyarakat pada saat itu sedih atas kematian Nami dan mencari potongan demi potongan jasadnya dan menguburnya secara baik di pulau Nami. Untuk mengenangnya, setiap satu tahun sekali akan dibuat satu perayaan di pulau itu.
Tempat ini juga menjadi lokasi kesukaaan warga Korea. Pulau ini sangat ramai di hari Jumaat dan Sabtu, begitu juga hari cuti kebangsaan. Alasannya, warga yang tinggal di kawasan bandar biasanya mudah tertekan kerana tidak memiliki kawasan hijau di sekitarnya.
Sumber : Alissa Safiiera, Wolipop ( Rabu,10/06/2015
Jadi pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk pergi melihat pulau yang penuh dengan rasa cinta dan sejarahnya yang tersendiri.
Jika anda berminat untuk melancong ke Korea.
Kami di Syoknya Travel Sdn Bhd menyediakan peluang untuk anda merealisasikan impian anda. Kami disini menjamin akan memberi khidmat kami adalah yang terbaik untuk anda. Mari kita mengembara sambil mencipta pengalaman berharga!!
Hubungi 0194491170 untuk pertanyaan lanjut berkenaan pakej yang disediakan atau layari www.syoknyatravel.com sekarang!!