1.Emerald Pool & Hot Spring
Krabi Emerald Pool (Sa Morakot) adalah satu tarikan yang unik di selatan Thailand. Krabi terkenal dengan kawasan semulajadi yang indah dan satu tempat yang perlu anda kunjungi adalah Pool Emerald di Thung Teao Forest.
Kat sini terdapat pejabat berhampiran di Ban Bang Teao yang mempunyai maklumat mengenai Emerald Pool ni. Terdapat bayaran masuk sebanyak 90 Baht untuk kawasan air panas dan 200 Baht untuk Khao Phra Bang Khram Nature Reserve / Crystal Pool (ini sentiasa termasuk dalam kos lawatan yang dianjurkan)
2. Phi Phi Island
Phi Phi merupakan nama yang diberikan bagi 6 buah pulau yang indah yang terletak 45 minit menaiki bot dari Krabi ini. Fakta menarik tentang pulau ini adalah berkaitan namanya, Phi Phi yang dikatakan berasal daripada perkataan bahasa melayu yang bermaksud api-api. Pulau ini dinamakan demikian kerana pokok api-api yang terdapat banyak di sekitar pulau.
Daripada 6 buah Phi Phi Islands, yang paling terkenal sekali adalah Phi Phi Leh dan Phi Phi Don. Pulau Phi Phi Don lebih sibuk berbandang dengan pulau yang lain. Kalau anda ingin menikmati pemandangan kawasan pantai indah dengan penuh privasi, bolehlah ke pantai Phi Phi Leh. Terasa seperti berada di syurga
3. Wat Kaew Temple
Wat Kaew Temple adalah sebuah tokong yang terletak di tengah-tengah Krabi Town. Sampai sahaja di sini anda akan melihat tangga tinggi putih yang dikelilingi oleh naga berwarna emas. Setelah penat-lelah menaiki tangga, anda dapat melihat kompleks tokong besar yang kelihatan tenang, disibukkan dengan kehadiran ayam dan burung merak.
Bila dah sampai tu, jangan lepaskan peluang untuk memasuki ruang dalam tokong, kalau di luar bangunan anda dapat menikmati keindahan pemandangan yang menyejukkan mata, di dalam tokong ini pula cukup meriah dengan warna-warni. Di tengah-tengahnya terdapat patung Buddha besar berwarna keemasan
4.Krabi Night Market
Krabi Night Market ataupun Krabi Town Walking Street adalah pasar yang tidak begitu besar tapi cukup padat dengan bermacam jenis barang yang termasuklah cenderamata dan makanan. Melihat barangan-barangan yang dijual di sini, anda perlu menguatkan jiwa supaya tidak mengeluarkan duit tanpa keperluan, memang banyak yang menarik seperti beg kulit, barangan mutiara, lukisan pop-art dan macam-macam lagi.
Sambil berjalan-jalan di sini juga anda akan disajikan dengan persembahan muzik tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak. Di samping itu, anda dapat melihat demonstrasi pembuatan pelbagai barangan kraftangan Thailand yang cukup unik.
Waktu Operasi: Jumaat, Sabtu & Ahad (5.00pm – 10.00pm)
5. Nosey Parker’s Elephant Camp
Nosey Parker’s Elephant Camp adalah salah satu daripada kem trek gajah yang terkenal di Thailand. Yang menjadikan Nosey Parker’s Elephant Camp terkenal adalah kerana cara gajah-gajah di sini yang dilayan dengan penuh kasih-sayang. Tak adalah anda berasa bersalah menaiki gajahnya nanti.
Sekiranya anda mengikuti program di sini anda dapat merasa pengalaman yang agak mahal untuk ditukar ganti iaitu menaiki gajah untuk melihat keindahan alam semulajadi di sekitar seperti sungai dan hutan hijau yang menenangkan. Terasa seperti hidup di zaman dahulu waktu dimana gajah digunakan sebagai pengangkutan. Bila lagi nak merasa? Yang paling best sekali, anda akan dibawa melalui air sungai bersama gajah. Jangan lupa untuk merakam memori indah ini nanti
6. Hong Island
Hong Islands merupakan gugusan 4 buah pulau yang dimiliki oleh National Marine Park. Hong Islands adalah antara kawasan pulau yang memiliki lanskap yang terindah di Krabi. 4 buah pulau di dalam Hong Islands adalah Koh Hong, Koh Lahding, Koh Pakbia dan Koh Rai.
Koh Hong adalah pulau yang tidak berpenghuni namun dihidupkan dengan kewujudan pelbagai jenis fauna termasuklah burung-burung dan biawak. Koh Lahding pula adalah sebuah pulau indah yang menempatkan kem sarang burung.
7. Tiger Cave
Salah satu tempat menarik di Krabi yang paling popular dalam kalangan pelancong ialah di Tiger Cave Temple yang terletak di atas puncak bukit. Di sini anda dapat melihat pemandangan seluruh Krabi dan jika anda tidak mengambil gambar disini memang rugi besar.
8. Khao Khanab Nam
Khao Khanab Nam Mountains adalah salah satu mercu tanda paling terkenal di Krabi. Keajaiban alam semulajadi di sini menjadi kawasan popular bagi pencinta alam semulajadi
Berminat dan ingin bercuti ke Krabi, Thailand?
Kami di Syoknya Travel Sdn Bhd menyediakan peluang untuk anda merealisasikan impian anda. Kami disini menjamin akan memberi khidmat kami adalah yang terbaik untuk anda. Mari kita mengembara sambil mencipta pengalaman berharga!!
Hubungi Encik Hilmi 0194491170 untuk pertanyaan lanjut berkenaan pakej yang disediakan atau layari www.syoknyatravel.com sekarang!!