Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai tempat menarik terutamanya ibu negeri, Kuching. Di Kuching terdapat banyak tempat yang unik dan tidak ada di Semenanjung Malaysia.

Jom syoknyatravel membawa anda melihat keistimewaan dan keunikkan yang ada pada Bumi Kenyalang ini.

1. Kampung Budaya Sarawak

Jika anda ingin merasai sendiri pengalaman kehidupan etnik-etnik di Sarawak, di sinilah tempatnya. Berdasarkan kajian, Sarawak memiliki 27 etnik kesemuanya.  Anda dapat melihat replika rumah serta bangunan etnik-etnik utama di Sarawak sebagai contoh rumah panjang Orang Ulu, rumah tinggi Melanau, pagoda orang Cina dan lain-lain. Di dalam rumah ini anda akan dapat melihat kakitangan yang berpakaian tradisional sedang menjalankan aktiviti seharian mereka. Anda akan diberikan penerangan oleh kakitangan yang berada di muzium tentang kehidupan seharian etnik-etnik ini.

Anda juga dapat melihat persembahan kebudayaan sebanyak dua kali sehari. Sudah pastinya kraftangan tradisional masyarakat Sarawak turut dipamerkan sebagai contoh manik Sarawak dan Pua Kumbu yang merupakan tekstil tradisional kaum Iban.

Sekiranya anda ingin membeli kraftangan anda boleh melawat kedai kraftangan yang ada di muzium ini. Yang menariknya juga, di sini turut disediakan tempat untuk melangsungkan perkahwinan mengikut cara etnik seperti Melayu, Iban, Bidayuh atau Orang Ulu.

Bayaran Masuk dan Makan: Dewasa RM75 | Kanak-kanak RM40

2. Pasar Serikin

Perjalanan yang diambil dari  bandar Kuching ke Pasar Serikin adalah dalam 1 jam.Walaupun begitu, pasar ini tetap menarik ramai pelanggan kerana barangan kraftangan yang dijual di sini adalah dalam harga yang rendah sekali. Antara kraftangan yang anda boleh temui di sini adalah kain batik, tikar, bubu, makanan tradisi dan bermacam lagi. Anda dinasihatkan untuk  bertolak ke pasar ini dari Kuching pada pukul 8 pagi lagi kerana peniaga-peniaga pasar akan mula mengemaskan barang untuk pulang sebaik sahaja pukul 12 tengahari.

Berdekatan dengan pantai ini anda dapat melihat hutan hujan tropika  yang paling tua di dunia dan menikmati pemandangan indah pokok-pokok hutan tropika yang mengelilingi Gunung Santubong. Anda boleh menginap di Damai Beach Resort yang menyediakan tempat tinggal yang sangat selesa.

Setelah puas melihat pemandangan pantai yang menghadap Laut China Selatan ini anda bolehlah melawat Kampung Budaya Sarawak yang berada berdekatan dengan pantai

Waktu Operasi: Sabtu & Ahad

3. Muzium Sejarah Cina Sarawak

Muzium ini dibina pada tahun 1912 dan pada awalnya bangunan ini digunakan sebagai mahkamah yang dikhaskan untuk kaum Cina sehingga tahun 1921. Pada tahun 1993, Muzium ini dirasmikan oleh Menteri Muda Kebudayaan, Belia dan Sukan, YB Alfred Yap Chin Loi. Anda dapat mempelajari asal-usul etnik-etnik Cina yang datang ke Sarawak serta mengetahui lebih banyak lagi perihal kemahiran dan seni budaya mereka.

Bayaran Masuk: Percuma

4. Taman Buaya Jong

 

Taman buaya Jong ini adalah yang terbesar di Malaysia, terdapat lebih dari seribu ekor buaya yang dijaga disini. Anda dapat melihat aksi buaya menyambar bangkai ayam yang diletakkan pada tali rentang sekiranya anda datang pada waktu buaya-buaya ini diberikan makanan iaitu pada pukul 11 pagi dan 3 petang setiap hari.

Anda boleh juga melawat mini zoo yang terdapat disini untuk melihat haiwan-haiwan seperti monyet, biawak monitor, musang, ular sawa dan banyak lagi.

Terdapat juga Muzium Buaya yang turut mempamerkan tulang buaya yang diberi nama Bujang Senang yang pernah tinggal di Sungai Batang Lupar, Sarawak sejak tahun 1941. Buaya ini amat terkenal dalam kalangan masyarakat kerana telah ramai manusia yang menjadi mangsanya.

Bayaran Masuk: Dewasa RM22 | Kanak-kanak RM11

5. Borneo Highland Resort

Borneo Highland Resort ini terletak di Borneo Highland, di sini juga terdapat Hornbill Golf & Jungle Club. Sebenarnya ia agak mencabar untuk bermain golf di sini kerana cuaca yang begitu sejuk dan pandangan juga tidak begitu jelas kerana dikelilingi dengan kabus.

Resort ini terletak lebih kurang 80 km dari Kuching dan berdekatan dengan sempadan Sarawak-Kalimantan. Ketinggian Borneo Highland ini adalah dalam 600 – 1000 meter. Anda dapat menyaksikan acara tahunan seperti Perlumbaan Burung Negeri Sarawak dan Acara Memerhati Burung di kawasan tanah tinggi ini. Jika anda teringin melihat kehidupan masyarakat etnik Bidayuh, anda boleh melawat Rumah Panjang Annah Rais yang terletak di kaki bukit Borneo Highland

6. Tugu Kuching

Tugu Kuching ini mewujudkan suasana yang unik kepada negeri Sarawak, memang tak sah sekiranya anda datang ke Sarawak tanpa bergambar dengan tugu-tugu kucing yang ada di sini. Tugu ini berada di hadapan pusat membeli-belah dan hotel-hotel di Kuching. Sebenarnya, nama Kuching ini diberi berdasarkan kisah bahawa pada zaman dahulu terdapat banyak kucing hutan yang wujud di sekitar sungai di situ ketika kawasan ini masih dipenuhi hutan.

7. Muzium Sarawak

Untuk yang berperasaan ingin tahu dan mengenali Sarawak dengan lebih mendalam lagi, lawatilah Muzium Sarawak. Di sini, anda dapat melihat koleksi barangan yang penting dalam sejarah di Asia Tenggara. Bangunan muzium ini dibina mengikut rekabentuk dewan bandaraya di Perancis. Muzium ini memiliki beberapa bahagian yang berbeza dan salah satu bahagiannya telah dibuka sejak tahun 1891. Jadi, bukan sahaja barangannya yang memiliki nilai yang antik malahan bangunannya juga begitu. Untuk bahagian muzium yang terbaru, bahagian atasnya digunakan untuk program rasmi, tingkat bawah pula terdapat akuarium, memorial pahlawan dan taman botani.

Bayaran Masuk: Percuma

Berminat dan ingin bercuti ke Kuching, Sarawak?

Kami di Syoknya Travel Sdn Bhd menyediakan peluang untuk anda merealisasikan impian anda. Kami disini menjamin akan memberi  khidmat kami adalah yang terbaik untuk anda. Mari kita mengembara sambil mencipta pengalaman berharga!!

Hubungi Encik Hilmi 0194491170 untuk pertanyaan lanjut berkenaan pakej yang disediakan atau layari www.syoknyatravel.com sekarang!!

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *