Kalau sebelum ini, syoknyatravel menyenaraikan tempat-tempat menarik yang WAJIB anda pergi di Kundasang Sabah. Kali ini syoknyatravel akan membawa anda melihat pulau-pulau dan tempat-tempat yang menarik untuk singgah di Pulau Semporna Sabah.

Pulau Semporna dikelilingi banyak pulau yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.
Berikut adalah informasi tentang pulau-pulau di Semporna yang menarik untuk dilawati sendirian mahupun bersama keluarga.

1. Pulau Mabul 

 

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara Sabah. Pulau ini kecil, melengkung dan terdapat banyak jenis batu karang yang menjadi tumpuan pelbagai jenis ikan marin.

Dasar yang tidak dalam amat sesuai untuk melakukan aktiviti scuba diving.

Pulau ini juga terletak berhampiran dengan Pulau Sipadan iaitu kira-kira 20 minit perjalanan dengan bot.

Terdapat pelbagai hidupan eksotik di kawasan scuba seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam dan rumpai laut.

2. Pulau Sipadan 

 

Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.

Pulau Sipadan terkenal sebagai pilihan bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) dan antara yang terbaik di dunia.

Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes committee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia.

3. Pulau Bohey Dulang

Untuk sampai ke Bohey Dulang, pelancong boleh menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan di pekan Semporna dan mengambil masa sekitar 30 minit untuk sampai ke destinasi.

Keindahan hiking dan pemandangan dari atas menjadi tarikan utama menarik para pelancong untuk datang.

4. Pulau Kapalai

 

Kapalai adalah salah sebuah pulau percutian yang terkenal di Malaysia, ia lebih dikenali sebagai pulau resort selaman skuba.

Pulau Kapalai, hanya terletak 15 minit jauh perjalanan dari Pulau Sipadan, merupakan sebuah pulau terindah yang telah diterokai sejak 200 tahun yang lalu, namun kini ia lebih popular dengan kecantikan pasir pantainya yang putih bersih.

Berikutan hakisan pasir pantai oleh ombak dan peningkatan aras laut yang semakin ketara, aras ketinggian pulau ini semakin lama dilihat semakin merosot, kini rumah perkampungan terapung hanya terletak diatas lebihan Terumbu Karang Ligitan sahaja.

Semua bangunan dan resort yang dibina kini hanya mempunyai tiang pasak dibawah air sahaja.

5. Pulau Mataking


Pulau Mataking terletak di Laut Celebes dan merupakan lokasi bagi para penyelam dimana lokasi yang menarik akan menantik penyelam didasar lauti Pulau Mataking.

Terletak hanya 40 minit perjalanan dengan bot dari Pulau Semporna Sabah. Pulau ini mempunyai kemudahan penginapan yang bertaraf bintang dan mewah melengkapi chalet yang menghadap ke laut memberi pandangan yang indah ketika senja menjelang.

Saiz pulau tersebut kira-kira 40 ekar dan terletak di pinggir pelantar benua yang dikelilingi oleh pinggiran terumbu karang keras dan lembut. Pemandangan Tempat ini memang cantik dan suasana yang sungguh tenang.

Perairan di sini yang didiami oleh spesies eksklusif karang seperti staghorn, otak dan banyak lagi. Ikan daun, sweetlips, ikan gobi dan yu paus sekali-sekala berkeliaran di kawasan ini kerana ia di laluan penghijrahan mereka.

Pulau ini terlindung oleh pokok-pokok eksotik. perlindungan ini adalah di mana burung dan rama-rama memilih untuk berehat. ketam kelapa berlari sekitar sibuk di pasir putih.

6. Pulau Pom Pom

 

Pulau ini terletak di dalam lilitan 2.3 km di garisan air pasang dan terdapat terumbu karang sepanjang 4 km panjang di dasarnya. Pulau ini adalah pasir rata dengan ketinggian maksimum kurang daripada 2m di atas garis HT .

Pulau ini mempunyai pantai karang pasir berwarna putih dan merupakan tapak lokasi penting untuk Green dan Hawksbill sejenis penyu bersarang dan bertelur.

Pulau ini tidak mempunyai kampung, kesan manusia yang minimum, tiada pencemaran dan merupakan salah satu destinasi menyelam yang popular di daerah Semporna.

7. Pulau Bodgaya 

Pulau Bodgaya terletak di pantai timur negeri Sabah di Malaysia. Pulau ini adalah pulau yang terbesar di dalam sebahagian daripada Taman Marin Tun Sakaran.Pulau ini mempunyai keluasan 7.96 km2.

Pulau Bodgaya bersama-sama dengan Pulau Bohey dulang dan terumbu sekitar adalah sisa-sisa gunung berapi yang telah pupus.

8. Pulau Sibuan

Pulau ini pernah menjadi tumpuan diver a.k.a penyelam sebelum Pulau Sipadan dan pulau-pulau lain menjadi terkenal.Pulau ini terletak di dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran.

9. Pulau Bum Bum

Antara Pulau yang mempunyai ramai penduduk dan pada hari ini sudah ada pembangunan di lakukan di sekitar pulau tersebut.

Walaupun Pulau Bum Bum Bukan sebuah pulau pelancongan tetapi airnya masih lagi sejernih cristal clear.

Pemandangan yang cantik terdapat di sekitar Pulau Bum-Bum dan percutian anda ke Semporna tidak akan lengkap jika tidak ke sini.

10. Pulau Timba-Timba

Tidak banyak maklumat yang dapat di selitkan, tetapi jika anda berminat dengan aktiviti seperti “Hoping Island”, Pulau Timba-Timba antara kawasan wajib yang anda lawati.

Sangat menarik dan cantik pulau-pulau di Sempurna, Sabah. Jadi bagi yang berminat untuk melihat keindahan ciptaan Tuhan ini, kami di Syoknya Travel Sdn Bhd menyediakan peluang untuk anda merealisasikan impian anda. Kami disini menjamin akan memberi  khidmat kami adalah yang terbaik untuk anda. Mari kita mengembara sambil mencipta pengalaman berharga!!

Bagi yang berminat boleh menghubungi kami di 019-449 1170 (En. Hilmi)

15 Responses

  1. Hi would ʏou mind shaгing which blog platform you’re using?
    I’m ρlanning to stɑrt my own blog soon but
    Ӏ’m having a tougһ time deciding between BⅼogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal.
    Τhe reason I ask is bеcause your dеsign and ѕtyle ѕeems different then most blogs and I’m looking for something unique.
    P.S Apologies for being off-topic Ƅut I had to ask!

  2. It’s аctually a cool and useful piece of info. I’m glad
    that you just shared this һelpful informatіon with սs.
    Pⅼease stay us up to date like this. Thanks for sharing.

  3. I just like the valuable info you supply on your articles.

    I’ll bookmark your weblog and check again right here regularly.
    I am relatively sure I’ll be informed lots of new stuff proper
    right here! Good luck for the following!

  4. Yesterday, while I was at work, my cousin stole my iphone and tested
    to see if it can survive a thirty foot drop, just so she can be a youtube sensation. My
    iPad is now destroyed and she has 83 views. I know this is entirely off topic but I
    had to share it with someone!

  5. Hello. I have checked your syoknyatravel.com and i see you’ve
    got some duplicate content so probably it is the reason that you don’t rank high in google.
    But you can fix this issue fast. There is a tool
    that creates content like human, just search in google:
    miftolo’s tools

  6. Hi. I have checked your syoknyatravel.com and i
    see you’ve got some duplicate content so probably it is the reason that you don’t rank high in google.
    But you can fix this issue fast. There is a tool that creates content like human, just search in google:
    miftolo’s tools

  7. I have noticed you don’t monetize syoknyatravel.com, don’t
    waste your traffic, you can earn extra bucks every
    month with new monetization method. This is the best
    adsense alternative for any type of website (they approve all
    sites), for more info simply search in gooogle:
    murgrabia’s tools

  8. Great writeup! I checked out your blog site fairly often, and you’re always coming up with some good staff.
    I shared this post on my Facebook, and my followers
    liked it! Cheers.

Leave a Reply to BestTarah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *